ZADD Martial Arts Centre

ZADD Martial Arts Centre
Gelanggang Beladiri dan Tempur

Monday 10 November 2008

MUSCLUB

Kepada seluruh warga ZADD dan MUSClub

Sila beri cadangan bagaimana kita boleh mengembangkan seni melayu kita di Monash University Bandar Sunway. Untuk semester yang akan datang sila kembangkan sayap anda untuk menarik lebih ramai perticipant ke dalam seni beladiri melayu ini.
Untuk perhatian semua ahli ZADD, syllibus Monash next semester akan merangkumi Seni Tongkat dan Olahraga(tangan kosong). Sila ajak lebih ramai untuk berseni. Kita sama-sama cuba hantar satu pasukan untuk seni dan satu pasukan untuk laga ke peringkat olahraga universiti yang akan di adakan tahun depan. Insyaallah...dengan cara itu minat bersilat akan lebih di terima di Monash terutama bagi bangsa lain.. Di harap ahli sekelian bantu dalam mengembangkan seni warisan kita ini...Insyaallah.

http://zaddmac.tripod.com

http://http://martialmatrix.ning.com/profile/AzlanAzman

http://www.silat.tv/group/zaddmartialartscentre

18 comments:

Anonymous said...

Drpd survey yg sy bwat sblm ni, sbenanye mmg rmai bdk2 melayu monash yg nk join setiabakti, tp rata2 yg sy tanya smuanya kasi jawapan yg sama. Ada 2 masalah utama knape rmai yg berat ati nk join persatuan nih.

1)Yuran mahal - bdk2 melayu yg blaja kat monash bleh kate hampir semua ar bdk2 scholar, kos hidup tinggi, duit pon ckup2 makan je...(yuran karate lg murah, sbb tu rmai join karate)

2)Xde jurulatih wanita bagi kaum perempuan. Rmai dak2 pompuan yg sy tanye kate camtu. Setiabakti xde cikgu wanita yg bleh ajar diorg...(karate ade jurulatih wanita, sbb tu dak2 pompuan join karate)

Anonymous said...

ade ura-ura mengatakan pendekar popo nk brenti join silat semester dpn ats sbb masalah kewangan...xkan makin kurang kot...makin lama makin sikit org...

Ninjasan said...

Berapa karate charge untuk belajar? Setahu patik, silat kita yang paling murah RM35.00 kerana kat sekolah rendah silat RM50.00 kat Tadika RM40.00 dan kalau tae kwon do kat sekolah rendah RM80.00 sek menengah RM 120.00. Wushu atau Kung Fu kat sekolah Menengah RM 120 kat centre RM 180.00 Untuk Wanita RM130.00. Tae kwon do kat sekolah private RM 300.00 silat tak dapat masuk lagi sekolah private pasal depa kata silat melayu tak power, itu pasal nak belajar pun harga murah sangat, tak ada quality. So macamana?? apa nak buat? kat Sana Karate berapa? Patik masa belajar karate dulu Shito Ryu RM 80.00 dan Goju Kai RM 100.00 sebulan..masa amik Tae Kwon do dulu pun tahun 1980-1986 mula-mula RM50 then last skali bayor RM 150.00 sebulan.
Sekarang Kung Fu pendaftaran RM 180.00 dean yuran bulanan RM150.00 Kalari payat lagi laaaa..RM1200.00 sebulan. Ninjutsu, Karate,Taekwon do dan Kick Boxing(Muay Tai) rata-rata RM100.00 sebulan. Macamana nak buat? Patik pun bila berjumpa dengan guru-guru bela diri lain when ada perjumpaan, patik terpaksa karut kat semua yang ahli silat kita bayor RM 100.00 sebulan..Malu lah bagi tau yg silat kita charge RM35 jer kat Monash...nanti depa kata tak ada kualiti. Ini adalah kerana sebenarnya kualiti sesuatu ilmu itu sekarang ini telah di letakkan harga oleh masyarakat sekeliling....pasal pernah patik bagi tau kat budak sekolah rendah kalau nak belajar silat kita yuran dia RM35.00 sebulan..terus tak jadi datang belajar kerana dia kata murah sangat...boleh pakai ker silat ni atau tipi punyer silat..isk-isk malu patik beb hari tu..ramai bukan sikit bebudak masa tu. So macamana??? Azlan Ghanie pernah kata..jangan terlalu murah ilmu kita kerana benda yang murah akan di lalaikan oleh pelatih sendiri contoh alaaaa...tak payah datanglah training hari ni..aku bayar murah jer...kalau mahal tu berbaloi lah jugak value for money..Ini banyak terjadi kepada silat-silat kampong yang masih di tahap lama menyediakan yuran yang terlalu murah kepada ahli-ahli. Kita sepatutnya dah advance actually lebih advance dari beladiri lain kerana silat sekarang ini adalah di kategorikan sebagai seni membunuh terunggul di dunia..tu pasai ramai mat salleh berebut nak datang belajor kat orang melayu. Walaupun demikian rahsia utama tetap milik orang kita..ahem-ahem.

Untuk pesilat wanita, kenapa tak boleh seorang guru lelaki mengajar? Kebanyakan wanita di luar negara jurulatih mereka adalah lelaki. Lagi pun wanita apabila di serang kebanyakkannnya adalah lelaki..bila belajar dengan lelaki..dapat ambik rasa bagaimana kekuatan sebenar lelaki. Kiat niat mempelajari ilmu jadi jangan melencong sudah ler.. Boleh patik katakan dalam Monash tu Mili insyaallah dapat ilmu yang di sampaikan..bukan apa..telah 2 kali di uji secara spontan, patik yang tersungkur...alhamdulillah apa yang patik ajar dapat di serap oleh srikandi kita itu. Cuma Mili bila dah tewskan patik she keep on mintak maaf....to me tak payah infact patik bangga kerana apa yang patik ajar dia applykan....cuma kalau boleh lengkali dia pukul perlahan sikit lah.

Anonymous said...

hahahahaa
terkezut jugak tuk guru lan kene penangan milie....
saya x kesah sgt
sye rse harge boleh blah la...
cume kkdg kite sendiri kene berjimat,,,

Faizudin said...

Sy pun setuju ngan tok bomoh Syam..
harga setakat ni, RM35 sminggu okey la.. TAK MURAH SGT n tak mahal.. Affordable!

Tapi kalau boleh turunkan harga jadi 50sen satu hari pun okey jgk..

haha..

boleh simpan duit bwat beli ayam KFC satu barrel.

p/s: sy faham akan perasaan org yg komen 1 tu.. sbb dia kehilangan partner.. haha...

Anonymous said...

ape la onyen...
rm35 sebulan...
bkn semggu...
klu semggu rm35, sebulan cukup untuk minyak kete pakai sebulan....
siap ade lebih lg..

Faizudin said...

eh.. maksud aku..

RM35 sebulan utk seminggu sekali.

lebih kurang je la tu..

Ninjasan said...

Woi tok moh sham...mestilah terkezut..senak perut wooi...Jimin masa aku suruh ganti aku hari tu lepas kene ngan Millie..hampir jugak menjadi mangsa hehehe..nasib baik miss kene peha jer..heheh..Klu semua pompuan yg belajar nanti as gud as millie..nampak gayenyer korang yg senior kene ganti aku plak ler jadik sparring partner depa..klu aku sorang mampus jadi nyah akhirnyer hehehe..

Ninjasan said...

Huyoo Onyen RM35.00 seminggu...macamni best wooo heheh...duit RM35 bagi setiabakti yang belen kita joli ler heheh...tapi klu dpt cam tu best gak tapi nanti orang kater ni ajar silat ker ajar kung fu hehe..

Ninjasan said...

Daus Gagah dan semua ajakler member join kat Monash tu next sem..dapat 5 orang join dah dapat diskaun RM25.00...Kalau 10 orang join haa..RM50.00 Bende ni apply kat orang lama jer..ahli baru kene belajor satu semester dulu baru leh dapat imbuhan sama. Amacam boleh tak info kat kengkawan. Kalau dapat kengkawan yang nak join gelanggang kita ZADD lagi cun tapi korang kene pass ujian Ahad ni dulu..pasal nanti korang jadi senior leh blasah junior hehe..lagi pun pas ni korang aku ajor parang tangan kosong plak. Cuma kat Monash masih lagi tongkat and pada yang senior nanti aku ajor tangan kosong olahraga..korang terpaksa jugak amik olahraga ni...manatau tawun depan nak masuk bertanding..cuma olahraga ni korang kene lebih perhatian pada buah pukulan kepada pad...masa olahraga lupakan beladiri...nanti sesia jer ada yang gol el dibawah..bolehkan?? Esp Pendekar Onyen..tangan asyik nak bagikat area maut ajer..

Langkah Seribu said...

pendapat saya yg daif berkenaan hal yg dibincangkan..perkara ni perlu dilihat pada objektif..objektifnya simple, kita nak mengembangkan silat..so apa halangannya? dalam monash seperti dikatakan diatas (saya kurang pasti samaada survey itu tepat atau tidak, tapi theres a probability that what is said is true) yuran yg tinggi dan tiada jurulatih wanita..jadi disebabkan itu, kita perlu berhenti mempersalahkan orang luar yg memberi alasan2 tersebut..itu counterproductive namanya, kerana itu tanggapan mereka dn untuk maju kita perlu mengubah tanggapan2 negatif mereka..dlm erti kata lain, jika dilihat dari sudut marketing, we should never blame the market, what we should do is to look into the demand of the market, and adapt to it without forsaking the core values of the organization...berkenaan yuran,kurang tepat untuk kita membandingkan yuran monash dengan harga luar, kerana kita sedang berbicara tentang market pelajar2 monash, bukan masyarakat luar..walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju dgn alasan yuran yg tinggi, kerana rata2 di monash yuran beladiri around 30~40..maka permasalahannya adalah kualiti silat dimata orang luar yg membuatkan mereka menganggap bayaran dikenakan adalah tinggi..maka langkah yg sebaiknya adalah membuktikan kualiti tinggi yg sememangnya ada di dalam silat (ini tidak dapat disangkal lagi, percayalah!)..perkara ini boleh dilakukan dgn cara demo(maaf, ini sememangnys silap saya yang tidak melakukannya, mungkin selepas ini pesilat yg masih ada boleh melakukannya) dan juga image yg kita project semasa latihan dijalankan seperti berpakaian seragam silat, aturan perjalanan kelas dn sebagainya(pakaian tidak dinafikan memainkan peranan penting dlm image projection ie. lihat taekwondo, capoeira, karate)..berkenaan jurulatih wanita, pendapat saya adalah it is a legitimate concern ..walaubagaimanapun, apa yg abg lan katakan juga adalah benar, jika tiada latihan dengan lelaki, seperti cara melepaskan dari pelukan genggaman dan sebagainya, maka pelatih wanita takkan dapat mentakrif sejauh mana kemampuannya dn keberkesanan teknik, dn sebarang kelemahan yg perlu diperbaiki..maka mereka akan hanya berada dlm dunia fantasi mereka sendiri, dn apabila situasi sebenar berlaku (dimana hampir semua penjenayah itu lelaki) yg mendesak teknik2 tersebut dilakukan, maka akn ade kemungkinan yg pelatih akan panic dn apa yg dipelajari tidak akn dapat diexecute dgn berkesan..oleh itu, apa yg perlu dilakukan adalh penerangan kepada mereka mengapa pentingnya berlatih dgn lelaki..dalam latihan juga privacy kaum wanita juga dijaga seperti stretching dilakukan dibarisan belakang dn sebagainya..berkenaan dgn jika ada kerisauan tentang bersentuhan antara bukan muhrim, maka ia dapat diatasi dgn mudah, seperti pemakaian glove, pemakaian lengan panjang( baju silat) dn sebagainya (harap ditanya kepada yg lebih arif dlm hal ini)..oleh itu, kesimpulan yg dapat sya buat is, we should address issues that caused the lack of interest in silat through adaptation and clarification..ini sahaja pendapat saya...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... :)

Faizudin said...

yuran shito-ryu karate monash

Anonymous said...

setuju dgn pendapat langkah seribu yg panjang berjela-jela...haha...

amende tu onyen...haha...

Ninjasan said...

Orait langkah seribu...nice piece of writing, sila bagi lagi banyak comment and article kat sini. Kalau boleh ingat hari tu kita pegi camping, boleh tulis article pasal pengembaraan kita tu tak? nak hantar kat Seni Bela Diri. At least orang tengok kita bukan jer pandai silat tapi pandai menulis gak..amacam langkah seribu boleh tolong buat article tak?

Next sem punyer plan dah ada? dah lantik saper jadi penerus jihad langkah seribu tak? Azrul rasanyer tak dapoat coz dia pegi USA 4 bulan kerja kat sana. Jadi manager hotel ker resort katanya.

Langkah Seribu said...

hahaha..saya article bentuk penceritaan tak reti a bang...haha...samaada fikri(datuk) atau onyen a kot...ikut abg nk letak sape a...rase atuk next year bz kot

Faizudin said...

sy igt lepas ujian ni tak nak masuk silat dah...

nk gi blaja karate pulak... :-P