ZADD Martial Arts Centre

ZADD Martial Arts Centre
Gelanggang Beladiri dan Tempur

Wednesday 22 October 2008


KEPADA SEMUA PENDEKAR DAN SRIKANDI Z.A.D.D ALIRAN SILAT SETIABAKTI SILA SMS WHETHER PEGI KE TIDAK BY FRIDAY EVENING. MONDAY ATURCARA...JUMPA DI GELANGGANG ZADD BANDAR SUNWAY BY 1.30PM BERGERAK KE AKADEMI TEPAT PUKUL 2.00PM. ORAIT.

Tuesday 21 October 2008

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
"Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran," katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.



Monday 20 October 2008

Majlis Aidil Fitri & Silaturrahim Setiabakti 2008

Akademi Setiabakti akan mengadakan jamuan makan sempena Hari Raya Aidul Fitri 2008 $ Majlis Silaturrahim untuk semua ahli-ahli dan bekas ahli (orang lama) pada ISNIN 27hb OKTOBER (cuti deepavali) jam 2.00pm - 6.00pm Bayaran RM20.00 utk single dan RM30.00 utk keluarga. Sila hubungi Hamidi / Hassan / Asmawi / Rizal / Azlan / Razlan atau @ bank in ke Maybank 162478140787 Hamidi Md Nor sebelum Sabtu 25hb Oktober 2008.Hamidi (YDP Akademi Setiabakti)