ZADD Martial Arts Centre

ZADD Martial Arts Centre
Gelanggang Beladiri dan Tempur

Friday 19 September 2008

CARTA MISTIK


KEPADA SEMUA PENDEKAR DAN PESILAT Z.A.D.D SILA KAJI GAMBARAJAH DI ATAS
Gambarajah di atas nampak simple tetapi mempunyai 1001 petua dan sebagainya untuk kegunaan seni beladiri, sukan beladiri dan juga kegunaan seharian. Perlu di ingatkan yang pemahaman gambarajah di atas bergantung kepada 'rezeki' seseorang itu dan ianya tidak akan datang sekelip mata ..mungkin esok lusa atau berbulan-bulan tertakluk kepada kaedah dan pengamatan di dalam kajian anda. Konsep rajah tersebut di gunakan dalam penelitian dan kajian peringkat tinggi di dalam kebanyakan seni bela diri silat dan bukan silat.
Di sini saya ingin memohon maaf kepada mana-mana perguruan silat dan bukan silat (karate, ninjutsu, shaolin) yang merasa saya telah melanggar adat dengan menyiarkan rajah tersebut. Niat saya hanya satu iaitu berkongsi ilmu dengan semua baik di dalam bidang beladiri atau bukan.
Penentu 'rezeki' untuk mendapat petua atau 'rasa' dari pemahaman rajah di atas adalah ketentuan Tuhan. Kita hanya perlu berusaha mengupas rahsia di sebalik rajah tersebut..dan oleh kerana itu saya tidak bimbang atau risau jika 'rahsia' tersebut di salah guna kerana perlu berguru untuk mengupas'ilham' dan 'rahsia' rajah tersebut.
Untuk para pendekar dan pesilat Z.A.D.D rahsia tersebut ada dalam latihan anda..dan jika pemahaman dalam gerak latihan yang anda lakukan anda hayati sepenuhnya, insyaallah terbuka segala 1001 rahsia peringkat tinggi ilmu bela diri yang tersimpan di dalam rajah tersebut.
Akan di siarkan juga MAKAM 4 Beladiri satu hari nanti dari saya untuk pengamatan ahli-ahli Z.A.D.D INSYAALLAH.
Jangan lupa sila post atau comment pengamatan yang telah anda perolehi dan kita kongsi bersama rahsia yang anda dapati jika anda tidak keberatan.

Memory Lane 2




Thursday 18 September 2008

BERITA TERKINI

Kepada semua Pendekar Z.A.D.D dan Pesilat MUSClub..Sabtu ini latihan seperti biasa di Gelanggang Sunway 5.30p.m
Agenda latihan seperti biasa...dan ada sedikit latihan special. Sila hadirkan diri. Kita mungkin di kehendaki mengadakan persembahan selepas Raya nanti bulan Oktober 19hb..di Sunway sempena hari Penerangan dan Keselamatan RT. Kita juga mungkin akan diperlukan untuk mengadakan beberapa sessi demo dan sembah pengantin pada cuti sekolah nanti.
Sila ambil perhatian, tolong info kepada yang lain.

Untuk maklumat lanjut sila datang gelanggang Sabtu ini 20hb waktu latihan.

Terima Kasih
Pendekar Ninjasan