ZADD Martial Arts Centre

ZADD Martial Arts Centre
Gelanggang Beladiri dan Tempur

Monday, 3 November 2008

Rahsia

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu
bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan
keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu
mengubahnya.
3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun
sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk
didekati.
4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan
bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada
tempat yang salah.
5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun
kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.
6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan
hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.
7hb. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih
teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!
8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu
mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!
9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain
vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.
10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia
ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri
terpinggir!
11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu
juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila
terlalu mengikut peraturan?????
12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia.
Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!
13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa
yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga
perhubungan.
14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana
huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!
15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu
membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka
membuat tindakan 'last minutes'.
16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya.... Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini
membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.
17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan
membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.
18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan
hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.
19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta.
Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan
si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!
21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu
juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.
22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam
soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di sampingnya.
23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa
bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.
24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga
membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.
25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih
suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????
26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih
mementingkan keseronokan saja!!!!
27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!
28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan
bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.
29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang
kamu miliki.
30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk
beralah!!!!
31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si
dia yang setia!!!!

Monday, 27 October 2008

12 Sifat Sahabat

12 sifat sahabat

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Wednesday, 22 October 2008


KEPADA SEMUA PENDEKAR DAN SRIKANDI Z.A.D.D ALIRAN SILAT SETIABAKTI SILA SMS WHETHER PEGI KE TIDAK BY FRIDAY EVENING. MONDAY ATURCARA...JUMPA DI GELANGGANG ZADD BANDAR SUNWAY BY 1.30PM BERGERAK KE AKADEMI TEPAT PUKUL 2.00PM. ORAIT.

Tuesday, 21 October 2008

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
"Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran," katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.



Monday, 20 October 2008

Majlis Aidil Fitri & Silaturrahim Setiabakti 2008

Akademi Setiabakti akan mengadakan jamuan makan sempena Hari Raya Aidul Fitri 2008 $ Majlis Silaturrahim untuk semua ahli-ahli dan bekas ahli (orang lama) pada ISNIN 27hb OKTOBER (cuti deepavali) jam 2.00pm - 6.00pm Bayaran RM20.00 utk single dan RM30.00 utk keluarga. Sila hubungi Hamidi / Hassan / Asmawi / Rizal / Azlan / Razlan atau @ bank in ke Maybank 162478140787 Hamidi Md Nor sebelum Sabtu 25hb Oktober 2008.Hamidi (YDP Akademi Setiabakti)

Wednesday, 15 October 2008

tHANK yOu

TERIMA KASIH PENDEKAR ONYEN. NANTI KITA BUAT VIDEO GELANGGANG KITA SENDIRI PULAK UNTUK ORANG-ORANG BARU JADIKAN REFERENCE YA, ESP LATIHAN TUBI SENJATA PISAU BELATI.

Tuesday, 14 October 2008

Video Silat

Credit to Akedemi Setiabakti@youtube

For those yg tak ingat step utk langkah panglima n seni tongkah sembah tongkat, disini ada beberapa video latihan/demo drpd senior2 silat setia bakti utk revision.


Langkah Panglima Pecah 4**Masuk exam



Klik pada link video di bawah untuk muat turun video ini!
Langkah_Panglima_Pecah_Empat.3gp (965 kb)


Seni Pusing Sembah Tongkat**Masuk exam



Klik pada link video di bawah untuk muat turun video ini!
Seni_tongkat.3gp (681 kb)


AWAS!!: Video adalah dalam format 3gp (mobile phone). Sila gunakan video player yg sesuai. Compatible player seperti Media Player Classic amatlah sesuai sekali utk memainkan video berformat 3gp.
p/s: Klik pada Free User (Rapidshare) untuk download secara percuma atau Premium User utk maximum download speed.




Video source: http://www.youtube.com/profile_videos?user=AkademiSetiabakti