Ibnu Abas r.a menyatakan,
Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulullah melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam satu bekas,
kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota yang nyata.
Dengan berkat Fathihah itu sembuhlah penyakitnya.
Demikianlah, sesiapa sahaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan doa ini:
A'udzubillahhiminashhsyaitonirrajim
Bismillahirrahmannirrahim 3x
Bismillahi Shafi
Bismillahi Kahfi
Bismillahi Muaffi
Bismillahilladzi La Yadurru Ma'asmihi
Syai'un Filardhi Wala Fissama ewahuwal Sami'un A'lim
Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh.
Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung.
Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.
Waufauwidhuamri Illallah.
Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan 'afiat.
Wallahuaklam.
Blog baru untuk Seni Silat Setiabakti
14 years ago
No comments:
Post a Comment